Aku Yang Kau tinggalkan
Ilham untuk cerita tentang perkahwinan paksa oleh kerana sakit yang macam Zaril Nia itu datang dari kisah dan pengalaman yang cerita oleh Vicky and Dr Michael (Bukan nama sebenar http://alinahaizar.blogspot.com/2010/08/help-at-hand.html). Kisahnya tentang kegigihan seorang ibu hendak memeastikan anaknya yang sakit itu terjaga kehidupannya selepas ketiadaan ibunya nanti. Dia minta Vicky carikan seorang gadis untuk anaknya itu.
Selepas dengar ceritanya itu, saya terfikir ini satu idea bagus untuk buat cerita. Tetapi ianya tinggal macam itu sahaja sebab masa itu sibuk dengan enovel Kasih Relakan Ku Pergi. Akak berpeluang ke Italy. Kebetulan pulak Kursus Dr Feuerstein di adakan di Turin pada tahun itu. Tapi akak bukan ke sana sebab itu.
Semasa di sana terbayang jelas cerita dua kekasih yang berpisah dan bertemu di Turin. Tetapi masa itu belum ada nama lagi hero dan heroin. Cuma keadaan bandar Turin yang begitu romantik yang membuat idea datang mencurah-curah, melihat apartment-apartment dengan balcony Juliet (Romeo and Juliet) itu membuat tidak sabar hendak duduk dan tulis cerita tetapi disebabkan tight schedule semasa di sana tidak ada masa untuk tulis tetapi tetap dalam ingatan.
Bial di rumah, mula kumpul facts, gambar2 yang sesuai. Kena ada banyak gambar... at least one for each chapter.. Satu hal juga hendak cari gambar.. heroin...tak cukup stok. Hero banyak juga stok gambar. Nama hero dan heroin pun satu hal juga. Anak perempuan yang sorang tu yang bagi idea. Dia hendak heroin guna nama singkatan nama dia sendiri N.I.A. kemudian apa pulak nama keduanya, we all settled and agree with Atirah.. Nama hero pula..pilih punya pilih.. rupa-rupanya nama-nama hero-hero bagi yang orang seangkatan dengan akak sudah boleh tak pakai lagi, Azman ke, Rashid ke? According to my children nama-nama tu nama orang tua. Nama-nama bapa-bapa, macam daddy... Oh!!! Macam tu..sebenarnya. Sekarang ini hero-hero namanya Amir Farhan, Amirul Hakim, Lukman Hakim. yang perempuan pulak Fatin Nabila, Amirah ASyikin dll nama yang ada dua tiga nama serangkai berderet-deret, ikut buku.. `Pilihan nama-nama Islam.'
Jadi heronya akhirnya my daughther setuju dengan Zaril Ikhwan.
Quite a lot of study and research have to be done, in order to get the facts right. Kadang-kala tersalah juga facts-facts dalam cerita, kena re do balik.
Pada masa yang sama semasa out station di bahagian utara, ada sahabat yang bercerita tentang rumah-rumah jagaan bagi orang yang mempunyai masalah mental yang berceratuk di Ipoh. Dia terpaksa memasukkan saudara kandungnya nya ke sana kerana isteri pesakit itu dan anak-anaknya sudah tidak berdaya untuk menjaganya terutamanya bila pesakit itu menganas dan mula memeukul semua orang. Timbul ilham untuk mengaitkan semua itu menjadi satu cerita.
Mula-mula mengenengahkan Bab 1 AYKT pada bulan Februari 2010. Memang tak ada response langsung. Memanglah selalunya cerita baru lambat dapat response. But keep on writing sikit-sikit sebab CKMS juga sedang di postkan dalam blog. Story line memang sudah ada tetapi belum tahu lagi macamana flow dan jalan cerita ini akan terjadi seterusnya. Pembaca yang mula-mula beri response ialah BD Qim atau Kak nOOr, kemudian diikuti oleh pembaca-pembaca yang lain atau mana-mana anon yang beri response.. Sekarang ini terlalu ramai tidak tersebut dalam artikel ini.
Okay..kadang-kadang frust juga bila tak ada comment. Bila dapat comment dari pembaca, naik semangat hendak tulis dan habiskan cerita. Bila dapat negatif comment tu, well kita try to improve...
Terima kasih ke atas semua komen-komen dari pembaca. Really appreciate it. It become highlight of the day, best moment of my life eversince..
Yang buat bersemangat hendak menulis hingga menjadikannya sebuah enovel lengkap bila bertemu dengan BD Qim di Pesta Buku in March (20 March). Dia beri semangat. Cerita AYKT ni sedap. Jangan tak publish. Wow! baru tiga chapter ,BD Qim sudah beri begitu confident untuk katakan cerita ini ada potensi. Lepas itu bersemangat balik hendak betul-betul menghabiskan novel itu.
Selepas hampir 10 bulan bermulanya projek AYKT ini, pratically akak have been living Nia and Zaril lives. Duduk dalam minda dan hati Nia dan Zaril. Sudah rasa sebati dengan mereka berdua. Siang malam terkenang mereka, obsess dengan mereka berdua. Apa yang mereka buat, cakap, akan buat, tindakan mereka, perasaan mereka, reaksi mereka, suka, sedih, pilu marah, cemburu, gembira. Watak Hazeril tidak begitu sukar sebab my youngest son merupakan inspirasi. By hugging and kissing him, I can already relate to Nia's feeling towards her son.
Maxximo pula, I just can't resist it. The men in Italy is so handsome, with their blonde hair, smiling face and blue eyes sparkling eyes. Just have to share with all.
Bila hendak tidur, sedang driving, sedang masak, mandi... sedang buat apa-apa pun asyik teringat apa hendak tulis tentang Nia dan Zaril. Kadang-kadang masa itu dapat idea baru.
It's truly the best experiences of my life to be able to be in their life all this while. Dan untuk menceritakan tentang cinta mereka is one of the best moment of my life. I really love Nia Atirah and Zaril Ikhwan. Sekarang bila cerita ini sudah selesai...rasa susah hendak berpisah dengan Nia dan Zaril. What's after this? Mesti rindu betul dengan Nia dan Zaril.





17 comments:
try test
akak jujur cakap la. Ceta ni mmg best. Better then ceta-ceta yg sy baca sblm ni. Akak bukan sekadar ceta kisah cinta Nia n Zaril seperti Romeo n Juliet. He...
Selain itu, Akak bawak kitaorg melancong ke Italy. Tu yg best gila. Rasa nak cepat2 kerja kumpul duit melancong p Italy. hahaha.... Lagi pun akak ada jugak selitkan ilmu yg jarang orang ambik tahu. Tetang penyakit mental n cam penyakit yg dhadapi zaril (Otak tak dpt kawal tindakan otot2). Kisah rumah2 org sakit jiwa. Knp n mengapa diorg jd camtu??? Sy ada saudara yg msk wad jiwa sbb tiba2 dia mengamuk dtempat kerja. Mgkn stress kerja bt dia camtu. Apabila otak yg rasional dah tak mampu kawal tgkh laku manusia.
I hope akak xberhenti setakat ini untuk menulis ceta2 macam ni. Harap lepas aku yang ditinggalkan. Akan ada lg ceta yg lebih hebat dr ceta ini. Insyallah.
Kami sentiasa menyokong karya akak. Thanks You very much for give us such a nice story.
Lg 1 xsabar la nk tggu full version. Agak2 bila la novel akak ni akan dipublish ya??? he...
Salam,
Hi ivoryginger, terima kasih atas sokongan ivory...selama ini. Tak sangka juga AYKT dapat sambutan baik dari semua. Akak suka menulis...kadang kala tiba-tiba sahaja dapat idea...jadi akak try buatkan cerita...dengar kata publisher aykt ni january nanti..baru keluar ... kena tunggu dulu.. Sementara itu akak tengah fikirkan aykt ii.. tapi idea mantop belum masuk to put down in writings...baru buat blog dia je.. tak ada posting.....http://aykt-ii.blogspot.com/.....tapi kalau story line tak kuat nanti boring...jadi kena tunggu idea mari...
sebelum semua ini terjadi akak postkan ETDUS
http://enggang-terbangsenja.blogspot.com/ ceritanya mungkin kurang sikit dari AYKT...not so much of a love story...but I still like like.... cuma buat mengisi ruang...sebelum aykt di publishkan..
thanks...Kak Alina
ETDUS pun best akak.
Berkisah cinta persahabatan.
Cinta yg bermula di Rompin.He...
But agak complicated la bila yg bercinta tu suami n isteri org. he...
Mcm2 pandangan msyarakat mgkin blaku. Tutama d Malaysia ni, sgt jarang msyarakat nk akui perhubungan persahabatan lelaki n wanita terutama yg masing2 dah kahwin. Semua akan anggap -ve. We not open cam org putih n mgkin jgk kerana kekangan agama yg mbataskan pergaulan dan fikiran masyarakat.
Tp akak cinta tu maksud sgt luas. Kdg2 sukar tuk ditafsir. Cinta pada tuhan,pada keluarga,pada sahabat, pada diri sndr dll. Kadang2 kt hnya tertarik pada luaran tp kt dah anggap itu cinta tp bg sy itu bukan cinta itu obses. Tp ada jugak org jatuh cinta berdasar simpati n akhirnya betul cinta. Tp nk cari Cinta hakiki tu hanya pada Allah yang abadi. Cinta manusia sering berubah mengikut keadaan dan masa. Yg benar2 sanggup bersusah senang hgga akhir hayat bg saya itu la cinta sejati sesama manusia.
.
Salam kak alina..
Apa khabar akak sekarang nih? Saya harap akak sihat selalu ye.. Amin.
Akak.. Sejak enovel "Hadirmu Takdirku" lagi saya sudah jatuh cinta dengan akak..erk..i mean, penulisan akak..hehe ;D Sebaik sahaja saya menyedari link enovel terbaru akak, saya pasti akan buka, baca, jatuh hati dengan enovek tuh and terus ikuti blog akak tuh. Saya sangat2 meminati cara garapan penulisan akak yang benar-benar menyentuh hati saya. Jarang saya baca novel sampai nangis2..huhu tapi..bila baca enovel2 akak, dengan mudah jer air mata saya mengalir T_T Cara penulisan akak memang lain dari yang lain. Main cerita yang kdg2 biasa, kdg2 terlalu luarbiasa..ditambah lagi cara garapan storyline akak buat saya rasa macam saya tak pernah baca novel seperti itu. Saya suka! ^_^ Kak, bila novel CKMS nak publish? Tak sabar nak baca novel tuh.. Novel AYKT lagi laa tak sabar nak baca..huhu Walau apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk akak. Salam.
~WANS~
(Peminat Setia Kak Alina XD )
Salam Wans, Terima kasih atas kata-kata ransangan yang Wans (dan lain-lain)berikan. Felt very-very humble...dan juga tergugat, kalau selepas ini dah kering idea...macamana ye...
CKMS tu masih belum tamat.... kena detox diri dari AYKT dan masuk balik dalam kepala Syikin and Ahmad Arief... sementara mendapat idea baru..akak posting kan etdus sebab cerita etdus ni dah lama siap. story line memang ada,,, cuma kena refine..supaya tidak kosong... blog akak... still struggling dengan ending utk ckms..
Thanks for all the kinds words dan dorongan Wans...really appreciate it.
Kak Alina
salam akak
bila AYKT full version nak keluar???
saya sangat2 suka dengan cerita nie..lagi2 kalau baca sambil dengar lagu khatimah cinta..
Insya allah bulan January,,, publisher Kakinovel
One thing about your ways of writing ..is ringkas...straight tapi terkesan dihati..tak perlu bahasa berbunga...semuanya di kupas dengan baik...I am quite selective when come to read novel...but your writing just can resist...I like character Hana (in fact nama anak I yg bongsu I letak nama Hannah) ...and Mastura Ali..but Nia athirah hanya dapat banyak sikit jea...:( anyway two thumbs up...
akak da beli buku ini..dan tak tidur krn nak tahu ending cerita dan plotnya..akak nangis pada setgh bab..krn pengorbanan seorg isteri yg setia..tahniah..ada ke lagi buku yg nak diterbitkan..
Terima kasih atas komen yang memberansangkan tentang AYKT... Menulis cerita menjadi kesukaan saya dan dapat berkongsi dengan pembaca adalah satu keseronokan tidak terhingga. Harap-harap akak dapat menghasilkan cerita yang baik di masa akan datang, cukup baik untuk di bukukan...
Tahniah akak! Akhirnya cerita ini siap dan dibukukan. Saya pernah baca sebelum ni, memang best tapi terluper sebab tak save blog add. Hari ni tgh blogwalking cari novel online, terjumper kembali novel ni. Tak sangka dah ada buku. InsyaAllah akan saya milikki secepat mungkin. Suka cerita ni, nak tau apa yg berlaku pada Nia dan Zaril. TQVM!!!
Saya baru sahaja memborong novel di popular. Selepas baca novel ini saya tak selera nak baca novel lain. Menyesal baca novel nie awal - awal. Saya boleh menangis tersedu sedan di subuh hari bila part ending. Bagi 5 bintang, superb..Susah nak cari entiti/ event yang tak logik dalam buku ini.. digarap dengan baik dan membuai jiwa..selepas selesai membaca, saya terfikir akan adakah novel lain yang mampu merentap emosi saya sebaik novel ini.. tahniah
Terima kasih keranaa komen yang begitu memberangsangkan. dari semua, sila lawati ahabovel.com utk exceprts dari novel yang yang tidak di publish
Salam kak alina... I just love ur writing. ... Lps baca aykt.. Mmg senfiase carik urnovel... Bila. Ak sambu.g cinfaku milik siapa? Really nk tau apa ending dia
Novel ni yg terbaik pernah saya baca..sedih dan sgt romantik..tak sabar nak tunggu AYKT 2 pulak..
Post a Comment